Sunday, February 13, 2011

You think you're pretty enough?


May Allah bless us, always. 

Pagi tadi aku ada latihan motor, sila amik perhatian. Dah dua kali ujian JPJ, aku gagal lagi. hahaha. This will be the last. Kalau gagal juga, tak nak dahlah ambil oi. Duit rasa habis macam tu je. 😅 

Ni mukadimah je, aku just nak cerita tentang ada seorang perempuan yang aku jumpa tadi. Dia sama2-sama buat latihan motor dengan aku. Masa tengah tunggu turn, aku yang sememangnya bukan tahu berbicara in real life ni try la jadi peramah. 


“Test JPJ bila?", cuba control suara bagi ayu sikit. haha 


Then dia buat don't know je. Pandang muka aku pun tak. hahaha sabar je lah. Orang sebelah aku dah tersengih memerli sebab kata-kata aku tak di layan. Sadis betul. Aku tak puas hati, aku touch peha dia, (perempuan dgn perempuan halal ye). Baru la dia pandang and I repeat the same question. 

Tiba-tiba muka dia berubah, macam touching. Aku salah cakap ke? 

Sangat rasa pilu, bila dia buat isyarat yg dia tak boleh dengar. :( Sorry kak, fikir bukan-bukan tadi. Actually this was the first time aku tegur orang yang istimewa macam ni. Dia cantik, putih, badan kurus2 kecik2 molek. Muka dia nampak suci, mungkin berkat air wudhuk kot. Bergaya pun boleh tahan lah, tapi takda la pakai baju fit. Cantik, tak tipu. (sorry gambar takda sebab handphone murah, camera tak berfungsi) 

Nama dia Norfalihin, umur 22 tahun. Kerja kat kilang area situ jugak la. Kitorang berkomunikasi melalui buku. Nasib la dia bawak kertas dan pen. Kalau tak, aku pun terus membisu la. Aku nampak, mata-mata yang turut perhatikan dia, entahkan jengkel entahkan kasihan. Just terdetik dalam hati, macam mana dia nak bawak motor kalau dia tak dengar? Macam mana dia nak minta tolong dari orang kalau dia tengah emergency ke? 😔 

Dan macam mana kalau aku kat tempat dia? 

Masa mula-mula tu dia nampak macam taknak berkawan, mungkin dia rasa rendah diri atau malu mungkin. Tapi dah lama-lama tu dia dah okay dengan aku. Yelahhh, dah aku sibuk dok tanya macam-macam. Bila cikgu driving school tu cakap dengan dia, dia tak faham, aku pula yang beria tolong isyaratkan kt dia, sebab kasihan. 

Bab-bab macam ni memang aku cepat tersentuh oi. Jumpa dengan dia buat aku lebih hargai apa yang aku ada sekarang ni. Bukan aku tak pernah bersyukur, cuma kadang-kadang tu ada juga terkeluar perkataan "kalau laa aku ni, itu ini kan bagus". 

Tuhan dah jadikan kita sebaik-baik manusia, orang yang macam tu bukan ‘kurang’, tapi dia ‘lebih’. Mungkin dia tak boleh bercakap dan tak boleh dengar, tapi Allah bagi dia kelebihan supaya tak dengar orang-orang lain mengumpat atau join orang-orang macam aku ni mengumpat. lol hahaha 

Dan mungkin juga Allah dah janjikan dia syurga atau pahala lebih yang berlipat-lipat ganda, who knows kan? Muhasabahlah diri diknon. sobs  

(Tadi aku ad jugak jumpa si miezah ni, kenal masa form 3, baru harini dapat face to face. Kawan atas kawan) 

Until we meet again,
xoxo