Friday, September 27, 2013

Be different

Bismillah.

This lately..

Few things happen. Ada yang terkesan dalam diri, yang mungkin salah aku sendiri. Tapi aku lagi suka pandang dari beberapa cara. Satu, mungkin aku yang tak sensitif. Dua, mungkin aku tak ikhlas dalam menegur orang lain. Tiga, kita tak boleh paksa orang fikir dengan cara kita fikir. Empat, being too public mungkin tak sesuai dengan diri aku.



Matlamat hidup yang berbeza, di besarkan cara berbeza, didikan yang berbeza. Dan aku suka jadi berbeza, lain dari yang lain. Tak sama dengan yang lain. Tapi sikit pun aku tak lupa siapa aku dulu, berapa proses yang dah aku lalui, berapa stage untuk aku sampai tahap fikiran macam ni. Dan cara berfikir ini mungkin akan berubah lagi day by day..


Bukan aku tak pernah buat dosa, bukan aku tak pernah freehair, bukan aku tak pernah menipu. Bukannya aku dilahirkan terus-terus pakai tudung, terus-terus tutup semua aurat. Banyak lagi yang bukannya aku tak pernah buat. Bukannya aku datang dari sekolah agama, yang tak pernah fall in love, yang tak pernah tinggal solat. Aku pun sama macam semua, sama atau mungkin lebih teruk, maybe? So tak perlulah expect perubahan kecil ini boleh padam dosa lampau, perubahan kecil ini menjadikan aku tak ubah seperti ustazah. Perubahan ini kerana ada yang menyedarkan, kerana mak abah, kerana keluarga, kerana family dan kerana future family.

Sesetengah orang mungkin kenal aku sebagai pendiam, tapi berapa orang yang tahu betapa aku struggle dari tak berhenti bercakap untuk elakkan bercakap. Sesetengah orang yang mungkin kenal aku kononnya sebagai lemah lembut pemalu dengan lelaki, tapi berapa orang yang tahu dulu pegang ketua platun, bergaul dengan lelaki macam perempuan perempuan lain satu camp. Dan berapa orang yang tahu sejak bila dan kenapa aku mula sarkastik? 

You know my name, but not my story kan?

Dan banyak lagi yang mungkin di sangka atau tak di sangka. 
So don't expecting me too much because I'm not that much.



I'm still me, being me. How time flies and changing me and my family.
Work for your future, instead of crying about the past. Bit by bit, Lillahitaala.

Happy belated birthday to me. 23/09

5 comments:

Cik Eyra said...

betul tu,setiap manusia lain ujiannya :) be strong..

FairuzAqilah said...

:')

Sukanya baca...
Saya tersenyum n rasa nak menangis tetibe.
Kisah awak yang saya baca, macam mengisahkan tentang diri sendiri pulak. Sama, serupa. Mungkin saya belum bertudung labuh, tapi dah mula belajar tutup aurat dengan lebih sempurna.
Bukan senang. Tapi kerana Allah, insyaAllah Allah rahmati perjalanan kita dekat pada-Nya... Amin! :)

FairuzAqilah said...

:')

Tersenyum dan rasa nak mengalir air mata pulak tetibe. Macam membaca kisah diri sendiri. Hehe :)
Nak berubah bukan senang kan. Tapi Allah tu penyayang sebab Dia cepat bagi kita kesedaran untuk berubah. Ruang dan peluang. Allah tak lokek.
Walaupun saya belum bertudung labuh atau berniqab, saya berusaha untuk menutup aurat dengan lebih sempurna insyaAllah. Moga Allah rahmati perjalanan kita dalam mendekati-Nya. Amin! :)

Mevrouw Wani said...

InsyaAllah, moga Allah rahmati kita. ;)

Mevrouw Wani said...

Thanks! :)